Sirih junjung sirih pinang
Sirih kami susun bertingkat
Adat dijunjung pusaka dikenang
Bangsa berbudi hidup muafakat

Sirih junjung sirih pinang
Sirih kuning diberi nama
Adat dijunjung pusaka dikenang
Hidup berbudi muafakat bersama

Sirih kuning sirih dara
Sirih tanya berserta cincin
Hidup beradat aman sejahtera
Budaya lama tetap terjamin

Sirih kuning diberi nama
Sirih tanya berserta cincin
Hidup berunding muafakat bersama
Bangsa mulia budaya dijamin

Orang Jawa turun ke dusun
Singgah sejenak di pinggir kota
Kami bawa sirih tersusun
Sudilah sepiak pembuka kata

Kredit
 Pantun : Sirih Pinang
      Website: http://www.pnm.gov.my/sirihpinang/sp-pantun-1.htm
   
 Foto: http://homefamilysite.com/wp-content/uploads/2013/10/adat-melayu-642x336.jpg

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.