Burung jelatik burung jeladan,
Ketiga dengan burung tempua,
Sama cantik sama padan,
Ibarat pinang dibelah dua.

Burung jelatik burung jeladan,
Burung tekukur terbang meninggi,
Sudahlah paut samalah padan,
Marilah ukur samalah tinggi.

Kredit
 Pantun : 4557,4558; MS 576;
      Buku : Kurik Kundi, Merah Saga
      Penerbit : DBP, 1990
 Foto: http://magicalips.com/wp-content/uploads/2015/02/001.jpg

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.