Buah pinang masak di tangkai
Jangan tanam rapat rapat
Sesama korang sama mengintai
Siapa cepat dia dapat
Hati Dah Berkenan
Posted onAnak Mami makan roti nan,
Makan Di kedai Pak Hj Ali,
Kalau hati dah berkenan,
Awat dok tunggu lagi?
Si Gadis Seorang
Posted onDua tiga kucing berlari,
Mana nak sama kucing belang,
Dua tiga boleh ku cari,
Manakan sama si gadis seorang.
Nafsu
Posted onJangan diturut bisikan seteru,
Luntur ikatan pengikat ilmu,
Gugur bunga asbabnya layu,
Gugur iman dik kerana nafsu.
Hanyut
Posted onKolek hanyut dipukul taufan,
Taufan datang tidak berpesan,
Hidup hanyut tiada pedoman,
Jika ilmu bukan sandaran.
Suami
Posted onMari diikat rumpun jerami,
Jerami diisi didalam baldi,
Tingkatkan ilmu sebagai suami,
Moga bahagia kekal abadi.
Jangan diharapkan saya
Posted onJangan diharap kepada paya,
Cetek tidak dalam pun bukan,
Jangan diharap kepada saya,
Cetek ilmu kaya pun bukan.
Indahnya Pantun
Posted onTelok belanga jahitan Melayu
Indah bersulam benang emas
Sungguh indah pantun Melayu
Tersusun indah tersulam kemas
Anugerah
Posted onMengail ikan ditepi sawah
Terjumpa pula ular berbisa
Jangan diharap pada anugerah
Yakin pada yang Maha Esa
Yang Terindah
Posted onSyair puisi pantun dan madah,
pujangga ditutur sepenuh rasa.
Engkau tetap yang terindah,
dalam hidupku sepanjang masa.