Ayun tajak buailah tajak,
Tajak datang dari Jawa,
Ayun budak buailah budak,
Budak biasa tidur di riba.
Category: Kasih Sayang
Ditimang Ibu
Posted onDari dulu pinang seribu,
Baru sekarang pinang sekati;
Dari dulu ditimang ibu,
Baru sekarang menimbang diri.
Duduk Termenung
Posted onHujan reda ribut berdengung,
Tanam pinang di kaki tangga;
Jangan dinda duduk termenung,
Sapu tangan pengganti kanda.
Muafakat Bersama
Posted onSirih junjung sirih pinang
Sirih kuning diberi nama
Adat dijunjung pusaka dikenang
Hidup berbudi muafakat bersama
Patriotik
Posted onsadsadas
Pantun
Posted onPen merah pen biru,
You marah I love you.
Sirih Pinang
Posted onSirih junjung sirih pinang
Sirih kami susun bertingkat
Adat dijunjung pusaka dikenang
Bangsa berbudi hidup muafakat
Sirih junjung sirih pinang
Sirih kuning diberi nama
Adat dijunjung pusaka dikenang
Hidup berbudi muafakat bersama
Sirih kuning sirih dara
Sirih tanya berserta cincin
Hidup beradat aman sejahtera
Budaya lama tetap terjamin
Sirih kuning diberi nama
Sirih tanya berserta cincin
Hidup berunding muafakat bersama
Bangsa mulia budaya dijamin
Orang Jawa turun ke dusun
Singgah sejenak di pinggir kota
Kami bawa sirih tersusun
Sudilah sepiak pembuka kata
Cinta
Posted onTidak dapat dikira-kira,
Air mata jatuh segera,
Karam dilaut angin di udara,
Karam dihati kerana cinta
Perantauan
Posted onIkan kekek ikan gelama,
Ikan tiada dalam sungai,
Abang pergi tujuh purnama,
Abang balik adik tak kenal.
Jambu muda dari Rawa,
Gugur bersepah di kebun Pak Ali,
Tinggallah semua sanak saudara,
Saya pergi jangan dicari.
Pinang dibelah 2
Posted onBurung jelatik burung jeladan,
Ketiga dengan burung tempua,
Sama cantik sama padan,
Ibarat pinang dibelah dua.
Burung jelatik burung jeladan,
Burung tekukur terbang meninggi,
Sudahlah paut samalah padan,
Marilah ukur samalah tinggi.