Skip to content

JomPantun

    • Laman Sosial

Category: Cinta

Bergantung Tak Bertali

Posted on March 30, 2018October 12, 2018 by Nur Izzati

Berbekal sirih pergi ke Kedah,
Buah kedondong kirim kembali;
Bercerai kasih bukannya mudah,
Hendak bergantung tidak bertali.

Read More & Comment

Orang Bertunang

Posted on March 30, 2018October 12, 2018 by Nur Izzati

Batang pinang akarnya licin,
Batang cangkah akarnya mati;
Orang bertunang bertukar cincin,
Kalau berkasih bertukar hati.

Read More & Comment

Gunung Dikejar Takkan Lari

Posted on March 30, 2018October 12, 2018 by Nur Izzati

Apa guna pokok pinang,
Daun hijau kuning padi;
Apa diingat apa dikenang,
Gunung dikejar takkan lari.

Read More & Comment

Ijab Kabul

Posted on March 30, 2018October 12, 2018 by Nur Izzati

Ada sirih ada pinang,
Nanti gambir dengan kapur;
Sudah dipilih sudah dipinang,
Hanya menanti ijab kabul.

Read More & Comment

Siapa Cepat Dia Dapat

Posted on March 30, 2018October 12, 2018 by Nur Izzati

Buah pinang masak di tangkai
Jangan tanam rapat rapat
Sesama korang sama mengintai
Siapa cepat dia dapat

Read More & Comment

Hati Dah Berkenan

Posted on March 30, 2018October 12, 2018 by Nur Izzati

Anak Mami makan roti nan,
Makan Di kedai Pak Hj Ali,
Kalau hati dah berkenan,
Awat dok tunggu lagi?

Read More & Comment

Si Gadis Seorang

Posted on March 30, 2018November 7, 2018 by Nur Izzati

Dua tiga kucing berlari,
Mana nak sama kucing belang,
Dua tiga boleh ku cari,
Manakan sama si gadis seorang.

Read More & Comment

Suami

Posted on March 29, 2018October 12, 2018 by Nur Izzati

Mari diikat rumpun jerami,
Jerami diisi didalam baldi,
Tingkatkan ilmu sebagai suami,
Moga bahagia kekal abadi.

Read More & Comment

Yang Terindah

Posted on March 28, 2018October 12, 2018 by Nur Izzati

Syair puisi pantun dan madah,
pujangga ditutur sepenuh rasa.
Engkau tetap yang terindah,
dalam hidupku sepanjang masa.

Read More & Comment

JomPantun

Mari Berkongsi Pantun dan Puisi


© 2021, JomPantun
Proudly powered by WordPress
Theme: Yuuta by Felix Dorner