Telok belanga jahitan Melayu
Indah bersulam benang emas
Sungguh indah pantun Melayu
Tersusun indah tersulam kemas
Category: Budaya
Jangan Malas
Posted onAir limau di dalam gelas,
Air bunga di dalam baldi,
Kalau kita selalu malas,
Semua kerja tidak menjadi.
Patriotik
Posted onsadsadas
Selamat Tinggal
Posted onSirih Pinang
Posted onSirih junjung sirih pinang
Sirih kami susun bertingkat
Adat dijunjung pusaka dikenang
Bangsa berbudi hidup muafakat
Sirih junjung sirih pinang
Sirih kuning diberi nama
Adat dijunjung pusaka dikenang
Hidup berbudi muafakat bersama
Sirih kuning sirih dara
Sirih tanya berserta cincin
Hidup beradat aman sejahtera
Budaya lama tetap terjamin
Sirih kuning diberi nama
Sirih tanya berserta cincin
Hidup berunding muafakat bersama
Bangsa mulia budaya dijamin
Orang Jawa turun ke dusun
Singgah sejenak di pinggir kota
Kami bawa sirih tersusun
Sudilah sepiak pembuka kata
Budi
Posted onApa guna berkain batik,
Kalau tidak berbaju kasa,
Aoa guna memandang cantik,
Kalau tidak berbudi bahasa.
Apa guna bunga raya,
Kerana tidau berbau wangi,
Apa guna rupa dan kaya,
Kalau perangai tidak berbudi.