Ayun tajak buailah tajak,
Tajak datang dari Jawa,
Ayun budak buailah budak,
Budak biasa tidur di riba.
Author: tokmat
Selamat Tinggal
Posted onSalam Jumaat
Posted onSemoga Jumaat kita diberkati,
Kepada Allah kita berserah diri.
Teka-teki #1
Posted onJikalau tuan tajuk cendana,
Ambil gantang jemurkan pala,
Jikalau tuan memang bijaksana,
Binatang apa ekor di kepala?
Sirih Pinang
Posted onSirih junjung sirih pinang
Sirih kami susun bertingkat
Adat dijunjung pusaka dikenang
Bangsa berbudi hidup muafakat
Sirih junjung sirih pinang
Sirih kuning diberi nama
Adat dijunjung pusaka dikenang
Hidup berbudi muafakat bersama
Sirih kuning sirih dara
Sirih tanya berserta cincin
Hidup beradat aman sejahtera
Budaya lama tetap terjamin
Sirih kuning diberi nama
Sirih tanya berserta cincin
Hidup berunding muafakat bersama
Bangsa mulia budaya dijamin
Orang Jawa turun ke dusun
Singgah sejenak di pinggir kota
Kami bawa sirih tersusun
Sudilah sepiak pembuka kata
Cinta
Posted onTidak dapat dikira-kira,
Air mata jatuh segera,
Karam dilaut angin di udara,
Karam dihati kerana cinta
Perantauan
Posted onIkan kekek ikan gelama,
Ikan tiada dalam sungai,
Abang pergi tujuh purnama,
Abang balik adik tak kenal.
Jambu muda dari Rawa,
Gugur bersepah di kebun Pak Ali,
Tinggallah semua sanak saudara,
Saya pergi jangan dicari.
Pinang dibelah 2
Posted onBurung jelatik burung jeladan,
Ketiga dengan burung tempua,
Sama cantik sama padan,
Ibarat pinang dibelah dua.
Burung jelatik burung jeladan,
Burung tekukur terbang meninggi,
Sudahlah paut samalah padan,
Marilah ukur samalah tinggi.
Budi
Posted onApa guna berkain batik,
Kalau tidak berbaju kasa,
Aoa guna memandang cantik,
Kalau tidak berbudi bahasa.
Apa guna bunga raya,
Kerana tidau berbau wangi,
Apa guna rupa dan kaya,
Kalau perangai tidak berbudi.
Sifat 20: Qidam
Posted onAda ALLAH, tiada mula,
Sejak azali, Dia sedia,
Ada kita diciptakanNya,
Dari tiada kepada ada.